Tutup

Nelayan bimbang turun ke laut, pendapatan terjejas

Lebih seribu nelayan tidak dapat ke laut kerana bimbang keselamatan selepas tempias ribut Taufan Lekima melanda utara semenanjung sejak Jumaat. Di Kedah, rata-rata nelayan pesisir pantai di Kuala Kedah tidak berani turun ke laut kerana bimbang angin kuat akan menterbalikkan bot-bot mereka.