Nelayan digalakan sertai bomba sukarela Marin

Buat pertama kali dalam sejarah kebombaan, Pasukan Bomba Sukarela Marin yang berperanan membantu kes kecemasan di laut ditubuhkan. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Kelantan di pilih sebagai negeri pertama mempunyai pasukan tersebut yang terdiri daripada golongan nelayan berdasarkan pengalaman berkaitan laut yang dimilik dan mampu membantu pasukan bomba.