Nelayan hilang di Pegasus Reef mungkin diculik

Tiga nelayan yang hilang di Perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, minggu lalu mungkin diculik. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, isteri salah seorang mangsa memaklumkan telah dihubungi suaminya dan dimaklumkan mereka dibawa ke satu tempat tidak diketahui di Filipina.