Nelayan warga Indonesia maut, enjin bot meletup

Seorang nelayan warga Indonesia maut manakala dua lagi diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia setelah bot dinaiki mereka karam di perairan Muka Head, Pulau Pinang pada Ahad. Dalam kejadian 10.25 pagi itu, bot nelayan warga asing itu dikesan dalam keadaan separuh tenggelam kira-kira 12 kilometer dari perairan barat Muka Head setelah berlaku letupan di ruang enjin yang mengakibatkan bot bocor.