Nelson Mandela pernah minta maaf kepada saya - Anwar Ibrahim

Ini rahsia besar yang akhirnya dibongkar Datuk Seri Anwar Ibrahim! Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akhirnya mendedahkan bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat menolong ketika beliau dipenjarakan dahulu. Untuk rekod, tokoh pejuang penentangan dasar Aparteid itu dikenali Anwar ketika lawatannya ke Malaysia semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.