Tutup

Nenek warga Australia terlepas hukuman gantung

Seorang nenek warga Australia, yang dijatuhi hukuman mati tahun lepas bagi kesalahan mengedar dadah, telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Persekutuan pada Isnin. Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan bahawa Maria Elvira Pinto Exposto, 55 tahun, telah berjaya membuktikan dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah itu.