Tutup

Nilai ambang kedai makan, restoran ditetapkan RM1.5juta

Kerajaan bersetuju menaikkan nilai ambang bagi semua kedai makan dan restoran termasuk restoran nasi kandar serta kedai kopi untuk dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta setahun. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada pengusaha restoran terutama di Lembah Klang yang menanggung kos perniagaan yang tinggi.