Tutup

Nova 5T dilengkapi lima teknologi AI

Huawei nova 5T yang dilengkapi dengan kamera Pro Grade didatangkan dengan lima teknologi Kecerdasan Buatan (AI) termasuk empat kamera di bahagian belakang peranti itu. Ia terdiri daripada kamera utama dengan saiz (48 MP); kamera ultra luas (16 MP); kamera makro (2 MP) dan kamera 'depth' pada saiz 2 MP.