Nurul Izzah perjelas alasan kembali ke PAC

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusannya untuk kembali menyertai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah atas agenda reformasi kerajaan dan bukan kerana pusingan 'u. Reformasi dalam struktur pentadbiran kerajaan adalah asas keutamaan beliau, sebelum mengambil keputusan menyertai semula jawatankuasa terbabit.