NUTP sambut baik matapelajaran koding di sekolah

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik program pengekodan yang bakal dijadikan sebahagian daripada silibus dalam kurikukulum sekolah rendah dan menengah di sekolah kebangsaan, bermula tahun depan. Menurut Presidennya, Hashim Adnan, langkah ini akan menjadikan Malaysia setanding negara luar seperti India, China dan Rusia dalam melahirkan pakar koding dan perisian.