Tutup

Nyawa anggota terancam, bot marin dilanggar nelayan Vietnam

Bot Pasukan Polis Marin (PPM) bukan sahaja dilanggar malah terpaksa mengejar kapal nelayan Vietnam dalam satu kejadian di perairan Pulau Lankayan, Sandakan, pada Selasa. Dalam insiden jam 9.45 pagi itu, seramai 10 lelaki Vietnam diberkas selepas menceroboh perairan negara. Semua suspek berusia 20 hingga 40 tahun.