OKU harus diberi perhatian aspek keselamatan JBPM

Kekurangan ilmu di kalangan orang ramai menyebabkan Orang Kelainan Upaya (OKU), lebih berisiko menjadi mangsa, khususnya kebakaran. Berdasarkan perbincangan dengan semua pihak, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Azmi Osman berkata, OKU selalu menjadi mangsa terakhir diselamatkan, kerana orang ramai tidak tahu menyelamatkan golongan ini.