OKU wanita rentung, tiga rumah kedai musnah terbakar

Seorang Orang Kelainan Upaya, OKU wanita rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah kedai di Jalan Gajah Mati di sini pagi Isnin. Dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi itu, mangsa dikatakan terperangkap semasa kebakaran yang memusnahkan 100 peratus kedai dengan binaan kayu berkenaan.