Op Selamat 11: Kes kemalangan menurun

Jumlah kes kemalangan di seluruh negara turun 11 peratus selepas 6 hari Op Selamat dilancarkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berharap sikap pemanduan berhemah di kalangan pengguna dapat diteruskan. Ia terutama pada waktu puncak ketika ramai warga kota pulang ke kampung.