Op Selamat 2019, jumlah kematian cecah 69

Sebanyak 69 kematian direkodkan dalam tempoh empat hari Op Selamat 15/2019 sempena Aidilfitri yang dilancarkan sejak Rabu. Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad menerusi statistik jabatan siasatan dan penguatkuasaan trafik (JSPT).