Op Selamat: Anggota JPJ Perak menyamar jadi penumpang

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perak menambah jumlah anggotanya bagi tujuan penyamaran untuk bertindak terhadap pemandu bas ekspres yang gagal mematuhi peraturan sepanjang Op Selamat. Menurut Pengarahnya, Mohd Zawawi Zakaria pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas dan memaklumkan operasi penyamaran itu sebagai peringatan bagi mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan.