Operasi kesan harimau dilakukan dalam radius dua kilometer

Operasi mengesan dan menjejaki dua ekor harimau belang sesat yang berkeliaran di Kampung Besol, Dungun diteruskan dengan radius sekitar dua kilometer. Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof memaklumkan dua puluh dua orang anggota terlibat dalam operasi bermula 6.30 pagi tadi.