Tutup

Operasi Khazanah dibawah satu bumbung

Khazanah Nasional Bhd akan memindahkan semua operasinya dari Menara Berkembar Petronas ke premis baharu di KL Sentral bagi menjimatkan kos. Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen berkata, langkah itu akan membolehkan sayap pelaburan kerajaan itu menjimatkan kira-kira RM20 juta setahun dari segi kos sewaan.