Operasi LTAPP yang terjejas banjir, kembali pulih

Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang terjejas akibat banjir kilat pada Isnin petang, kembali pulih pada Selasa. Pengurus Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad ( MAHB ) di LTAPP, Mohd Arif Jaafar ketika dihubungi berkata, walaupun masih hujan pada Selasa, ia tidak menjejaskan operasi di lapangan terbang berkenaan.