Operasi mengesan jasad Orang Asli dijangka mula hari ini

Operasi mengesan jasad dan bukti kematian 12 Orang Asli yang dipercayai berpunca dari penyakit misteri dijangka akan bermula pagi ini. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata antara agensi yang terlibat termasuk Pasukan Gerakan Am Bersama Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.