Operasi mengesan mayat Orang Asli di Kuala Koh

Perkembangan operasi pencarian jasad dan bukti kematian 12 Orang Asli Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang dipercayai berpunca dari penyakit misteri. Selepas pengesahan penemuan rangka tulang seorang Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang petang semalam, beberapa lagi jasad turut ditemui. Perinciannya bersama wakil Astro AWANI Kelantan Muhafandi Mohamad di Gua Musang.