Tutup

Operasi pembenihan awan di semenanjung mula esok, Sarawak pada Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia memulakan operasi pembenihan awan (OPA) bagi menangani masalah jerebu di semenanjung Malaysia pada esok. Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Maznorizan Mohamad berkata OPA tidak dijalankan hari ini kerana jabatannya meramal beberapa kawasan yang berjerebu, terutamanya Selangor, Negeri Sembilan dan Perak akan menerima penurunan hujan.