Tutup

Operasi SAR dihentikan sementara

Polis arah PGA pantau kemungkinan wujud Penempatan haram di lereng bukit Operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan di lengkok lembah permai di Tanjong Bungah dihentikan seketika jam 7 petang tadi dan bersambung semula 8 pagi esok. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chua Ghee Lye, berkata ia bagi membolehkan unit anjing pengesan K9 dan 19 anggota pasukan gerakan am (PGA) dari kulim, kedah memantau lokasi kejadian sekiranya terdapat penempatan haram di dalam kawasan hutan berdekatan.