Operasi SAR insiden Jambatan Pulau Pinang disambung pukul 7 pagi

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) sebuah kereta bersama pemandunya yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam disambung semula pukul 7 pagi tadi. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata operasi SAR hari ini membabitkan kekuatan kira-kira 30 pegawai dan anggota pasukan polis marin dengan kerjasama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.