Operasi SAR jejak penumpang terjatuh dari feri Pulau Pinang

Seorang penumpang feri di Pulau Pinang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari feri Pulau Undan yang dalam perjalanan ke Butterworth dari Georgetown pagi tadi. Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan dalam kejadian jam 9.20 pagi mangsa dipercayai terjatuh di 0.8 batu nautika barat laut terminal feri Butterworth.