Ops Saji bukan untuk membuli pengusaha restoran

Operasi Gegar Bersepadu (Ops Saji) yang dilancarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bukanlah penggerak bagi membuli atau menggertak pengusaha restoran. Sebaliknya, ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan pematuhan pengusaha terhadap tanggungjawab membayar cukai.