Ops Saji gempur pengusaha makanan tidak daftar cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Ops Saji akan mengempur 7829 pembayar cukai tidak berdaftar daripada rantaian industri makanan seluruh negara. Operasi selama 12 hari berakhir 25 Ogos ini bertujuan meningkatkan pematuhan cukai selain memberi kesedaran kepada masyarakat untuk isytihar cukai.