Orang Asli dan bekas pegawai polis calon BN di PRK Cameron Highlands

Bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang dijadual diadakan pada 26 Januari ini. Pemilihan Ramli diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis pada Khamis.