Orang Asli Sg Berua ambil pencegahan awal

Susulan insiden Kuala Koh, Kelantan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua,Hulu Terengganu mengambil inisiatif awal dengan melakukan pemeriksaan kesihatan. Sejak tiga minggu lalu sebilangan ahli keluarga mereka dari Kampung Kuala Koh menumpang di kediaman masyarakat Orang Asli Sungai Berua dan mereka disarankan untuk melakukan pemeriksaan awal.