Orang Perak berkobar-kobar nantikan SUKMA ke-19

Persediaan pengurusan Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-19 kini sudah mencapai tahap 100 peratus. Itu yang disahkan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Katanya, pihak pengurusan buat masa ini lebih memfokuskan kepada majlis perasmian yang bakal diadakan 11 September ini. Ia bakal dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Stadium Ipoh.