Tutup

Orang ramai diseru hargai batik Malaysia, utamakan cantingan tangan

Orang ramai diseru untuk menghargai busana batik Malaysia dengan mengutamakan hasil yang menggunakan teknik cantingan tangan. Jelas Pereka fesyen, Fairuz Ramdan, terdapat banyak jenis batik dicetak menggunakan mesin ditawarkan dengan harga yang murah, namun ia mampu membunuh industri batik negara.