Orhions tiada kesan kena pukul - Imigresen

Siasatan yang dijalankan Jabatan Imigresen terhadap kematian warga Nigeria Thomas Orhions Ewansiha semasa dalam tahanan baru-baru ini mendapati tiada sebarang unsur mangsa dipukul atau kekerasan digunakan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya kini hanya menunggu laporan perubatan daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengesahkan punca kematian Orhions.