Pabuk berlalu dan pantai kembali tenang

Amaran angin kencang dan ombak besar akibat tempias ribut Pabuk menyebabkan pantai-pantai tumpuan orang ramai di negeri Pantai Timur lengang. Fenomena yang melanda sejak Rabu lalu menyebabkan beberapa kawasan yang sebelum ini menjadi tumpuan pelancong sunyi tanpa kehadiran pengunjung. Tinjauan krew kami di Pantai Batu Buruk hari ini bagaimanapun mendapati, jumlah pengunjung mula bertambah kerana Pabuk kini semakin reda.