Padah menipu atas talian

Seorang pemuda dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan serta denda RM10 ribu akibat menipu dalam urusan jual beli melalui telefon. Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Sharfiq Mohamed Ali, 23 yang berasal dari Kajang Selangor.