Tutup

Padah rawat rabun guna kaedah tradisional

Masyarakat dinasihatkan untuk tidak menggunakan kaedah rawatan tradisional memasukkan batu delima di dalam mata yang dikatakan dapat merawat penyakit rabun. Menurut Pakar Perunding Ottalmologi Hospital Shah Alam, Dr. Nor?ain Mohd Rawi, pihaknya telah menerima tiga kes pada bulan ini melibatkan pesakit yang terkena jangkitan pada bahagian mata disebabkan menggunakan kaedah tradisional tersebut.