Paduka ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat di IJN

Malaysia khususnya rakyat Pahang dikejutkan dengan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi Rabu. Berita sedih itu disahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataan media yang dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.