Pakar forensik memastikan struktur sekolah selamat

Satu pasukan forensik digerakkan bagi memastikan struktur bangunan sekolah di sekitar kawasan terjejas gempa bumi di Sabah selamat digunakan. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci mengenai kerosakan di ranau dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.