Pakatan Harapan umum pembaharuan fiskal 100 hari pertama jika menang

Pakatan Harapan (PH) umum akan buat pembaharuan fiskal untuk 100 hari pertama jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlangsung esok. PH dalam satu kenyataan menjelaskan bagi memastikan fiskal yang bertanggungjawab, mereka akan menilai semula tanggungjawab, komitmen, perbelanjaan dan liabiliti berkenaan pendapatan, aset serta pendapatan kerajaan secara menyeluruh.