Tutup

Pameran Hutan Kita di Menara KL

Pameran Hutan Kita menjadi salah satu strategi bagi menangkis kempen anti-minyak sawit oleh negara-negara Kesatuan Eropah sekali gus mempamerkan pemandangan muka bumi negara yang sebahagian besarnya masih dilitupi hutan berbanding kawasan ladang sawit. Ia menunjukkan kepelbagaian spesies flora dan fauna yang masih dilindungi selain mempamerkan maklumat pemetaan kawasan hutan negara dan ladang-ladang sawit di seluruh negara untuk rujukan dan capaian umum. Bersama wartawan Wan Syamsul Amly di Majlis Perasmian Pameran Hutan Kita oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Menara Kuala Lumpur.