Tutup

Pampasan RM10 juta: Penduduk desak pengurusan ADTR bertanggungjawab

Beberapa penduduk di Apartment Desa Tun Razak (ADTR), Kuala Lumpur mendesak pihak Perbadanan Pengurusan apartment itu menghentikan kerja pengurusan dan penyenggaraan bangunan tersebut. Wakil penduduk, Jalis Jalaluddin berkata desakan itu dibuat seiring surat yang dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).