'Panggilan istimewa' buat pengundi PD dari DS Anwar

Bermula hari ini hingga Jumaat, pengundi Port Dickson akan menerima satu panggilan istimewa. Panggilan ini akan menyeru pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab pada 13 Oktober ini walaupun berada luar dari Port Dickson. Panggilan telefon menggunakan teknologi ?Robocall? itu sebenarnya adalah rakaman suara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam sidang media hari ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata inisiatif itu antara usaha bagi memastikan peratusan keluar mengundi meningkat. Inisiatif itu juga adalah bagi memujuk lebih 11 ribu pengundi yang kini berada di luar Port Dickson untuk pulang mengundi.