Panglima Tentera Darat sambut Syawal di kem operasi

Bagi menghargai jasa-jasa anggota tentera yang bertugas pada Syawal, warga Tentera Darat Malaysia menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), pada Rabu. Sumbangan disampaikan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi di Kem Sri Bandin, Gerik, Perak.