Pantang maut sebelum ajal, dua selamat kereta terjun gaung

Dua lelaki terselamat selepas kenderaan mereka menjunam sedalam 60 meter ke dalam gaung akibat tanah runtuh di Kilometer 16, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli pada Khamis. Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden yang menimpa Proton Persona dari arah Jeli ke Gerik itu sekitar jam 4 petang.