Papan tanda lampu LED, undang maut

Pemasangan papan iklan Diod Pancaran Cahaya (LED) di tepi jalan raya mampu mengalih perhatian pengguna sekaligus mengundang kemalangan. Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), masa yang diambil ketika tumpuan pemandu teralih akibat memandang papan iklan boleh meningkatkan risiko kemalangan.