Parti Bersatu rasis tapi bersebab - Tun Mahathir

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mampu memperjuangkan isu dan masalah pribumi di negara ini. Beliau berkata, walaupun BERSATU dianggap parti rasis kerana hanya pribumi sahaja dibenarkan menyertainya, namun parti yang wujud sejak tahun 2016 itu tidak bermusuhan dengan parti lain dalam sekutunya.