Parti politik perlu patuh pada Akta SPR

Kesemua parti politik yang bertanding, sama ada untuk Pilihan Raya Kecil DUN Rantau ini, atau mana-mana pilihan raya pada masa akan datang, harus bersama-sama memastikan segala peraturan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dipatuhi dan dihormati. Penganalisis Politik dari Universiti Putra Malaysia, Dr Anuar Shah Bali Mohamed berkata, langkah itu bagi memastikan proses demokrasi itu dapat berjalan dengan lancar.