Video  | 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan dibubarkan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan hari ini dibubarkan serta-merta. Hal itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan pelbagai masalah dan pelanggaran perlembagaan parti di situ. "Kita berhadapan banyak masalah, dan atas nasihat Pendaftar Pertubuhan (RoS), kita ambil keputusan untuk bubar dan akan melantik kepimpinan baharu," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu di Petaling Jaya, hari ini. Muhyiddin turut memaklumkan pelantikan Tan Sri Rais Yatim untuk mengetuai penubuhan baru Bersatu di Negeri Sembilan.