Tutup

'Parti Warisan bukan sebarang nyamuk' - Shafie

Walaupun partinya dilabelkan sebagai 'nyamuk', Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Parti Warisan ialah nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi dan malaria kepada Barisan Nasional. Sindiran itu ditujukan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan penyandang Parlimen Kota Belud, Datuk seri Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan Parti Warisan sebagai nyamuk dalam arena politik, baru-baru ini.