Tutup

Pas akan tetap beri sokongan kepada Tun Mahathir

Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14 (PRU-14). Menurut Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, kepemimpinan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diterima baik majoriti Ahli Parlimen. Ini berbeza dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak diterima sebahagian ahli partinya sendiri.