Tutup

Pas boleh sertai pentadbiran Negeri Perlis

Ke arah merealisasikan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Pas. Perlis bersedia melantik wakil rakyat dari Pas, untuk menyertai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Tanpa menggugurkan mana-mana anggota Exco sedia ada, menteri besarnya, Datuk Seri Azlan Man berkata, masih ada ruang untuk wakil rakyat Pas menyertai Kerajaan Negeri.